I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, December 5, 2011

Perkembangan Teknologi pada Dunia Filem

Filem merupakan salah satu media komunikasi. Melihat Filem, bererti kita melihat suatu kebudayaan dalam suatu konteks waktu tertentu. Filem merupakan salah satu sarana yang baik untuk menyebarkan suatu nilai-nilai kedalam dunia teknologi yang luas. Filem yang paling fenomena adalah Titanic yang pendapatannya sangatlah besar dan belum mampu untuk dikalahkan oleh filem-filem yang lain.

Tidak hanya Filem 2 D (dua dimensi) seperti Titanic yang berkembang dengan pesatnya, tetapi perkembangan Film 3 D (Tiga Dimensi) juga sangat luar biasa. Filem pertama yang sangat kaya dengan teknologi adalah Star Wars. Pada tahun ini saja banyak filem-filem hollywood yang dibuat dengan teknologi tiga dimensi seperti ice age 3 dan Final Destination  3. Dengan perkembangan filem-filem tiga dimensi yang sangat luar biasa tentu saja membuat perkembangan teknologi pembuatannya semakin pesat.

Para penonton filem 3D diharuskan untuk menggunakan kacamata polarisasi agar mereka dapat melihat kesan tiga dimensi dari Filem yang mereka lihat. Dalam filem Avatar kacamata polarisasi merupakan sebuah perkembangan dalam filem 3D yang sebelumnya hanya menggunakan kacamata berlensa merah dan hijau. Berbeza dengan kacamata untuk menonton filem 3D, kacamata polarisasi adalah tidak sama seperti kacamata biasa.

Filem ini menggunakan teknologi capture information, yang cara membuatnya dengan menggunakan komputerisasi dari image aksi manusia yang sesungguhnya. Gambar stereoscopic merupakan gambar dimana ketika kita melihat pada layar.  kita merasa bahawa gambar tersebut sangat dekat. Metode pengambilan gambar  3D stereoscopic pertama kali ditemukan oleh Sir Charles Wheatstone pada tahun 1840. Stereoscopy digunakan banyak dalam photogrammetry serta di dalam dunia entertainment melalui produksi stereograms.

Tentu saja semua teknologi tersebut menggunakan bantuan teknologi komputer yang sangat canggih. Teknologi kamera yang digunakan merupakan gabungan dari dua jenis kamera sehingga membuat pengambilan gambar yang dilakukan mampu memberikan perspektif pengambilan gambar manusia dari tiga perspektif. Difilemkan dengan menggunakan 197 kamera sekaligus secara bersamaan, dan real-time. Hal ini tentu saja akan membuat gambar yang diambil menjadi lebih jelas dan lebih baik.

Perkembangan gambar tiga dimensi tidak terlepas dari perkembangan komputer animasi. Animasi komputer merupakan suatu seni untuk membuat gambar bergerak dengan menggunakan komputer. Tentu saja hal ini memerlukan teknologi komputer yang cukup canggih.

Perkembangan  film 3D mulai berkembang pada awal 1990-an. Banyak filem-filem yang menggunakan teknologi ini. Akan tetapi, sayangnya perkembangan teknologi 3D baru berkembang pesat di filem-filem hollywood. Indonesia belum memiliki teknologi yang memadai untuk membuat filem dengan kualiti tiga dimensi yang baik.  Pemerintah belum mendukung industri kreatif dengan baik. Padahal jika kita ingat, filem animasi  merupakan salah satu kemajuan penting dalam perkembangan filem tiga dimensi dan animasi. Walaupun hasil cukup lumayan, tetapi jika pemerintah tetap diam dan tidak mempedulikan perkembangan industri kreatif akan membuat perkembangan filem Indonesia tidak akan maju. Tanpa adanya sokongan teknologi dari pemerintah, maka perkembangan perfileman Indonesia hanya akan bergantung pada pita seluloid tanpa adanya "regenerasi" teknologi perfileman.

No comments:

Post a Comment