Setiap dari kita di bumi ini memilikinya
Keupayaan untuk memimpin
...dan menjadi contoh kepada yang lain.
Adakalanya apa yang kita lakukan terasa kecil dan tidak bermakna.
Akan tetapi ingat, riak-riak air yang kecil boleh bercamtum....
lalu menjadi ombak besar yang tidak terhalang lagi.
Bermulalah dengan satu langkah kecil.
Jangan biarkan yang lain menghalang anda.
Ikuti jalan diri anda.
Mungkin ada yang akan ketawa.
Biarkan.
Ramai yang akan mengikut nanti.
Jangan sesekali berputus asa.
Kejayaan......
Adalah suatu usaha berterusan setelah mereka yang lain
sudah berhenti dari mengejarnya.
Rasa takut hanya menjadikan manusia itu kerdil.
Berlarilah ke arah rasa takut anda.
Raikannya....
Di seberang, takut terbesar anda ternanti hidup anda yang terhebat.
Bangkitlah dari duduk.
Masuklah ke gelanggang.
Bermainlah dengan kehidupan.
Ambil risiko.
Lompatlah dan jaring penyelamat pun akan muncul.
Sentiasalah berfikiran positif.
Apa yang anda fikirkan, adalah siapa diri anda yang bakal anda jadi.
Impikan.
Besarkan impian itu.
Rasainya.
Percaya padanya.
Capailah ia.
Apa jua yang anda impikan gapailah ia.
Anda bakal menginspirasikan mereka yang lain.
Hulurkan tangan...
Buat mereka yang memerlukan.
kasih mengasihani.
Jadilah insan yang berhati murni.
Apabila seseorang berbuat baik dan melakukan dengan baik, raikan mereka.
Anda akan membuat dua insan rasa gembira.
Jadilah diri tauladan yang positif.
Jadilah perubahan yang anda mahu saksikan di dunia ini.
Lakukan perubahan.
Sekarang....
adalah masa untuk anda
meneraju, memimpin dan mengecapi kejayaan.
No comments:
Post a Comment